Saturday, April 23, 2011

KHABAR2 ANGIN PINDAAN AKTA SEWA BELI 1967

    Asmkum dan salam sejahtera.........
    Seperti yang aku janjikan aku telah membuat sedikit rujukan melalui portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan  Kepenggunaa tetapi tidak banyak yang dinyatakan secara jelas mengenai pindaan Akta Sewa Beli yang telah diluluskan pindaannya oleh Parlimen baru-baru ini.Apa yang dinyatakan didalam laman rasmi tersebut adalah mewajipkan semua repossessor mempunyai Permit yang dikawal selia sepenuhnya oleh KPDNKK.menyentuh perkara ini aku telah mendapat maklumat tidak rasmi dari seorng pegawai kanan sebuah insitusi kewangan yang terlkibat secara lansung didalam prosedur menarik semula hak milik.Menurut sumber tersebut AHPCM masih berfungsi seperti biasa tetapi ada penambahan yang akan dilakukan iaitu semua repossessor berdaftara dengan AHPCM masih perlu mendapatkan PERMIT dari KPDNKK yang dikenakan kadar bayaran sebanyak RM20.00 untuk tempoh dua tahun untuk kerja-kerja menarik hak milik.Hanya kereta yang belum menjelaskan ansuran sehingga 75% kadar pinjaman sahaja yang masih boleh ditarik semula hak milik.Manakala kereta-kereta yang telah menjelaskan ansuran melebihi 75% hanya perintah mahkamah boleh digunakan untuk proses menarik semula hak milik.
     Selain dari itu menurut sumber tersebut prosedur menarik balik hak milik juga telah diketatkan apabila proses menarik balik hak milik dilaksanakan dengan repossessor perlu merakamkan gambar atau vidoe semasa proses menarik semula hak milik dilakukan dengan mengambil lapan keping gambar kereta dari pelbagai sudut semasa penarikan dilakukan termasuk gambar penyewa semasa penarikan dilakukan.Selain dari itu satu senarai chek list perlu diisi serta disahkan oleh penyewa semasa penarikan dilakukan.Maknanya penyewa perlu sahkan keadaan kereta seprti mana dalam gambar atau video yang dirakamkan supaya tidak ada sebarang pertikaian selepas kereta ditarik dan diambil semula dari insitusi kewangan.Selain dari itu,chek list yang telah disahkan oleh pemilik kemudiannya akan disahkan sekali lagi oleh pihak store apabila kereta tersebut dihantar untuk disimpan ditempat penyimpanan.
     Aku juga difahamkan oleh sumber tersebut,semua repossessor akan diwajib mengenakan pakaian seragam, berwarna coklat yang akan dibekalkan oleh KPDNKK sebagai pakaian rasmi semasa bertugas......dah macam agensi penguatkuasa pulak!!!!Maklumat lanjut bagaimana rupa pakaian seragam tersebut masih belum jelas.Selain dari itu satu tapisan keselamatan juga akan dilakukan terhadap semua repossessor yang berdaftar untuk memastikan semua repossessor bebas dari rekod jenayah atau senarai hitam serta senarai mereka yang dikehendaki oleh mana-mana agenmsi penguakuasaan di Malaysia.MAKNANYA MEREKA YANG TIADA REKOD JENAYAH SAHAJA BOLEH JADI REPOSSESSOR!!!!!!!!Akui juga difahamkan tidak ada lagi penggunaan TRAK TUNDA semasa penarikan dilakukan KECUALI penyewa telah hadir semasa penarikan hendak dilakuakan ( Perlu disertakan dengan bukti bergambar ) tetapi tetap tidak mahu berkerjasama.Maknanya apa jadi pun penyewa perlu ada semasa penarikan hendak dilakukan.MAKA TUNGGULAH BERJAM-JAM..........
    Buat masa ini juga menurut sumber tersebut semua insitusi kewangan yang terlibat belum memutuskan kadar upah tarik sama ada akan dikekalkan,dikurangkan atau dinaikkan selepas pindaan tersebut dikuatkuasakan.Aku juga difahamkan semua pindaan ini akan bermula dikuatkuasakan sama ada bulan Mei atau Ogos kelak.Sehingga kini semuanya masih kabur walaupun menurut sumber tersebut iannya pada kadar 80% adal;ah benar dan boleh dipercayai.Buat masa ini kita cuma boleh tunggu dan lihat sahaja.Aku akan cuba dapatkan pula maklum balas dari Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Bela Malaysia mengenai kebenaran issue ini dengan kadar segera.

Friday, April 22, 2011

AHPCM.......EPS......

     Salam.....
     Bersua kembali kita di DILEMA REPO.............ya,memang aku sedang di landa dilema yang amat sangat sejak kebelakangan ini dengan dunia repo yang makin banyak onak duri serta cabaran yang makin hari makin berat berpaut di bahu ku.Baru-baru ini kita dapati Akta Sewa Beli 1967 telah diluluskan pindaannya di Parlimen dengan beberapa pindaan terbaru.Aku tidak bercadang untuk mengulas dengan panjang lebar pindaan yang dilakukan kerana terus terang aku kekurangan maklumat berkenaan pindaan tersebut.Kendatipun aku berminat dengan apa yang dikatakan oleh menteri yang turut disiarkan didalam akhar tempatan mengenai EPS ( Egen Pemerolehan Semula )
     Aku amat-amat tidak pasti bagaimanakah prosedur yang akan diguna pakai untuk menjadi EPS setelah akta baru tersebut dikuatkuasakan kelak.Apa yang pasti AHPCM pasti akan berkubur dan tidak akan menjadi medium kepada repossessor dalam melaksanakan tugas sebagai repossessor kelak.Aku berjanji,aku akan ulas mengenai perkara tersebut setelah aku mempunyai maklumat yang lebih tepat agar kita semua dapat berkongsi maklumat tersebut dan aku tidak mahu dipersalahkan kirannya maklumat yang akui salurkan nanti tidak tepat tanpa sumber rujukan yang jitu.
    Aku sekadar mahu memberitahu kepada semua rakan-rakan repo yang lain bahawea mulai hari ini BLOG aku akan kembali aktiv setelah berehat lama atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.......
TUNGGU....................................Chau sin...............................