Friday, April 22, 2011

AHPCM.......EPS......

     Salam.....
     Bersua kembali kita di DILEMA REPO.............ya,memang aku sedang di landa dilema yang amat sangat sejak kebelakangan ini dengan dunia repo yang makin banyak onak duri serta cabaran yang makin hari makin berat berpaut di bahu ku.Baru-baru ini kita dapati Akta Sewa Beli 1967 telah diluluskan pindaannya di Parlimen dengan beberapa pindaan terbaru.Aku tidak bercadang untuk mengulas dengan panjang lebar pindaan yang dilakukan kerana terus terang aku kekurangan maklumat berkenaan pindaan tersebut.Kendatipun aku berminat dengan apa yang dikatakan oleh menteri yang turut disiarkan didalam akhar tempatan mengenai EPS ( Egen Pemerolehan Semula )
     Aku amat-amat tidak pasti bagaimanakah prosedur yang akan diguna pakai untuk menjadi EPS setelah akta baru tersebut dikuatkuasakan kelak.Apa yang pasti AHPCM pasti akan berkubur dan tidak akan menjadi medium kepada repossessor dalam melaksanakan tugas sebagai repossessor kelak.Aku berjanji,aku akan ulas mengenai perkara tersebut setelah aku mempunyai maklumat yang lebih tepat agar kita semua dapat berkongsi maklumat tersebut dan aku tidak mahu dipersalahkan kirannya maklumat yang akui salurkan nanti tidak tepat tanpa sumber rujukan yang jitu.
    Aku sekadar mahu memberitahu kepada semua rakan-rakan repo yang lain bahawea mulai hari ini BLOG aku akan kembali aktiv setelah berehat lama atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.......
TUNGGU....................................Chau sin...............................

1 comment:

  1. lots of car for repo..contact me .email dcarrepo@gmail.com

    ReplyDelete